Friday, January 22, 2010

DeGree..NeW LiFe....

3 comments

4.1.2010
Bermulanya sesuatu yg baru dlm hidup aku, melangkah ke alam belajar semula setelah praktikal selama 4 bulan dan cuti selama 2 bulan. Sesuatu titik sejarah baru terlakar dan akan menjanji penentu kepada masa depan kehidupan aku. Sarjana Muda Komputer Sains menjadi pilihan kerana itu lah minat aku. Rakan-rakan kelas lame semasa diploma yg telah berpecah mengikut pilihan kursus yg mereka minat cuma hanya 4 dari mereka memilih kursus yg sama dan sekelas dengan ku. Walaubagaimanapun hubungan persahabatan yg terjalin aku harap tidak akan putus.

Rasa berbeza sedikit dengan suasana kelas baru, dengan rakan-rakan baru yg dtg dari merata-rata tempat, dengan umur yg berbeza, akan tetapi mereka mmg sempoi n best. Dengan bermula pengajian baru ini, dengan semangat baru aku harap aku akan cuba sedaya upaya dalam mengejar cita-cita aku supaya menjadi insan berguna di masa hadapan.