Friday, September 11, 2009

Ramadhan Bulan Mulia


Alhamdulillah sedar atau tidak dah tinggal beberape hari sahaja lg kita akan berpuasa. Bulan ramadhan dikurniakan oleh Allah untuk sekalian manusia lebih beribadat untuk mengingatinya sebagai tuhan yg maha esa.
Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
Melalui hadis diatas ternyata Allah telah memudahkan manusia menjalankan ibadat dibulan yg mulia ini cuma nafsu dalam diri sahaja yg perlu dibendung untuk trs menjadi manusia yg beriman dan beramal soleh.

Bulan Ramadhan pada tahun ni memberi seribu erti pada kehidupan aku. Setelah beberapa peristiwa yg berlaku pada tahun ini kini aku berasa suatu semangat baru dalam hidup ku untuk membetulkan segala dosa dan kesilapan yg aku lakukan selama ini. Walaupun sememang nya pada mulanya berasa agak sukar untuk berubah tetapi bak kata orang tua-tua nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bagi aku semua berlaku keatas aku adalah ujian dari Allah untuk diriku yg kadang kala lalai untuk mengingatinya.

Aku harap aku akan terus dapat menunaikan hasrat aku ini untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kepada semua sahabat aku dan mereka yg mengenali aku, mintak maaf atas salah silap aku ini dan sempena dah nak dekat raya ni aku mintak maaf byk2 dari hujung rambut hingga ujung kaki atas segala perbuatan aku yg menyakitkan hati kerana aku bukan sengaja niat aku hanya untuk bergurau sahaja tidak ada niat untuk menyakitkan hati. Akhir kata hiasi la ramadhan ini dengan amal ibadat dan selamat menyambut aidilfitri ......

0 comments: