Sunday, November 29, 2009

Diam Itu Lebih Baik

3 comments

Kadang-kadang org tertanya-tanya kenapa kita diam sahaja dan menyepi. Sesiapa yg menyedari munkin akan berpendapat org tersebut bermasalah atau tiada mood. Kadang-kadang ia benar dan kadang-kadang tidak.

Diam adalah sesuatu ibadat seperti yg dinyatakan dlm hadis Rasulullah S.A.W
Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
  • Diam dan ini ibadat yang pertama

  • Tawadhuk

  • Dzikrullah atau berzikir

  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)


Oleh yg demikian jgn hendaklah kita senyap dr berkata perkara yg tidak elok. Menurut para cendiakawan Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:

  • Diam itu ibadat tanpa susah payah

  • Perhiasan tanpa berhias

  • Kehebatan tanpa kerajaan

  • Benteng tanpa pagar

  • Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang

  • Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal

  • Menutupi segala aib