Sunday, November 29, 2009

Diam Itu Lebih Baik

3 comments

Kadang-kadang org tertanya-tanya kenapa kita diam sahaja dan menyepi. Sesiapa yg menyedari munkin akan berpendapat org tersebut bermasalah atau tiada mood. Kadang-kadang ia benar dan kadang-kadang tidak.

Diam adalah sesuatu ibadat seperti yg dinyatakan dlm hadis Rasulullah S.A.W
Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
  • Diam dan ini ibadat yang pertama

  • Tawadhuk

  • Dzikrullah atau berzikir

  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)


Oleh yg demikian jgn hendaklah kita senyap dr berkata perkara yg tidak elok. Menurut para cendiakawan Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:

  • Diam itu ibadat tanpa susah payah

  • Perhiasan tanpa berhias

  • Kehebatan tanpa kerajaan

  • Benteng tanpa pagar

  • Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang

  • Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal

  • Menutupi segala aib



Friday, October 30, 2009

Memories In Sabah Negeri Dibwah Bayu

4 comments
10.10.2009
Sejarah baru dalam hidup ku iaitu pertama kali menaiki kapal terbang. Biase la bukan senang nak naik maklum la mahal. Aku ke Sabah untuk menyaksikan konvokesyen kakak ku yg telah tamat pengajian nya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kapal terbang berlepas dari KLIA pada 7.50 mlm dan tiba di KKIA pd 10.30 mlm. Perjalanan yg agak lama ttp menyeronokkan. Setibanya di Kota Kinabalu aku disambut oleh kakak aku yg menaiki keta kembara(keta sewa) dan trs ke hotel. Di sana aku merasa amat nyaman sekali maklum lah tepi laut. Suasana disana tidak sesibuk disemenanjung.

11.10.2009
Ari ni aku berasa berlainan sedikit kerana perbezaan waktu, maklum la waktu disini sejam awal, so solat subuh pd pkl 5 pg danpkl 6 kakak aku dah mule mengajak keluar berjalan-jalan.

Thursday, October 22, 2009

Bismillah Jdkan Amalan....

0 comments

Sesungguhnye kita adalah makhluk ciptaan Allah yg kadang2 lupe dan lalai mengingatinye. Oleh yg demikian perlulah kita menyematkan dalam diri kita sbg manusia iaitu mengamalkan membaca Bismillah di atas segala perbuatan yg kita lakukan. Mari kita renungkan melalui kisah tauladan zaman dahulu keberkatan membaca bismillah..:

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Oleh yg demikian jadikan la bismillah sebagai amalan kita dalam melakukan rutin harian. Moga dengan amalan ini dapat lah kita menjalani hidup dengan mendapat keberkatan Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Sunday, September 27, 2009

OpeN HousE FaraH....

2 comments
ari ni aku akan pulang ke shah alam. Tibe terdetik lak nak ke rumah terbuka farah di Taman Alam Damai Cheras. So ape lg aku call la Akey n dia pun dgn terkejutnye bertolak dr Seremban n aku ambik dia kat KL Sentral.


member2 yg hadir.......
makan key jgn x makan.....

Lepas umah farah aku n akey di paksa oleh Echa ke umah nye so ke sana la pulak. Umah nye mmg x jauh dr umah farah. Selepas tu terdetik aku nak ke umah mad yg terletak di Bangi yg x jauh dr situ. Sbb dah alang2 dah dekat trs la ke sana lg pun leh trs ambik dia utk blk ke Shah Alam.

Gambar mad n family....

Akey n mad

BBQ RaYe.............

2 comments
Penat berjalan raye ari ni wat benda lain lak. Mcm biase la aktiviti aku dan dak skolah aku iaitu bbq. Tp kali ni lg ramai dr sblm ni sbb masing2 masih cuti. Mmg seronok lagi member2 dr kuala selangor, klang n K.L datang sekali.

menu mlm bakar mlm ni ayam n kerang....

mencekik sambil bersembang.....
syed ahmad n zaqwan yg dah lame x jumpe......

memasak nasi goreng beramai2

SeLaMaT HaRi RaYa

3 comments
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kpd semua pengunjung blog. Raye thn ni merupakan raye yg meriah berbanding raye sebelum ini tp di raye pertame aku demam walaubagaimanapun aku ttp semangat menyambutnya.

RaYe PeRtaMa....
Raye pertama aku mulekan beraye dirumah ku di sg besar sblm ke rumah nenek aku yg x jauh dr umah ku iaitu di sg. nibong. Pada malam nye sedara aku beramai-ramai dtg ke rumah aku.

RaYe kE 2......
aku ke kg ayah aku di negeri sembilan seperti raye2 sblm ni utk melawat sedara mara yg ada disana.
dirumah makcik di senawang, Seremban.

umah Tuk Janggunt...
Selepas selesai beraya di sana aku trs ke Johor ke umah pakcik aku disana.

Raye ke 3..........
Hari ni aku di johor dan bersedia untuk pulang ke rumah tp sebelum tu aku n my family singgah di K.L umah makcik ku di Pandan Indah.

bersama anak buah Mikail

me, Mikail n Erin

Raye ke 4 .......
Hari mule la baraan aku bersama rakan2 skolah aku sekitar sabak bernam. Bermula baraan pada jam 9 pg dan berakhir jam 7.30 mlm.

kereta2 baraan...

bergambar sblm baraan bermula...

menikmati kuih raye.....

suasana dirumah ku.....

antara peserta baraan wanita.....

gambar last semua peserta di rumah cikgu Ismail kecuali Farid, Syuk n C-Long

Raye ke 5.....
ari ni x bw camera sbb lupe nak charge. Ari ni kami pegi ke rumah mereka yg x sempat kami beraye lg.

Raye ke 6.....
BBQ.

Raye ke 7......
Ari ni aku kembali beraye bersama keluarga aku ke KL untuk ke rumah pakcik n makcik aku.

dirumah Wan Along

Adik2 saudara aku...

Dirumah Acu di kg. subang.....

Friday, September 11, 2009

Ramadhan Bulan Mulia

0 comments

Alhamdulillah sedar atau tidak dah tinggal beberape hari sahaja lg kita akan berpuasa. Bulan ramadhan dikurniakan oleh Allah untuk sekalian manusia lebih beribadat untuk mengingatinya sebagai tuhan yg maha esa.
Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
Melalui hadis diatas ternyata Allah telah memudahkan manusia menjalankan ibadat dibulan yg mulia ini cuma nafsu dalam diri sahaja yg perlu dibendung untuk trs menjadi manusia yg beriman dan beramal soleh.

Bulan Ramadhan pada tahun ni memberi seribu erti pada kehidupan aku. Setelah beberapa peristiwa yg berlaku pada tahun ini kini aku berasa suatu semangat baru dalam hidup ku untuk membetulkan segala dosa dan kesilapan yg aku lakukan selama ini. Walaupun sememang nya pada mulanya berasa agak sukar untuk berubah tetapi bak kata orang tua-tua nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bagi aku semua berlaku keatas aku adalah ujian dari Allah untuk diriku yg kadang kala lalai untuk mengingatinya.

Aku harap aku akan terus dapat menunaikan hasrat aku ini untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kepada semua sahabat aku dan mereka yg mengenali aku, mintak maaf atas salah silap aku ini dan sempena dah nak dekat raya ni aku mintak maaf byk2 dari hujung rambut hingga ujung kaki atas segala perbuatan aku yg menyakitkan hati kerana aku bukan sengaja niat aku hanya untuk bergurau sahaja tidak ada niat untuk menyakitkan hati. Akhir kata hiasi la ramadhan ini dengan amal ibadat dan selamat menyambut aidilfitri ......

Monday, September 7, 2009

Good Luck My Friend...

4 comments
Dalam mase beberape bulan ni ramai member2 aku fly. Ade yg sempat aku jumpe, ade yg x tp nak wat mcm mane semua ade cita2 yg perlu dikejar. Walau mcm mane pun aku wish gud luck la kat korang semua yg berada di negara org. Jgn lupe member2 korang kat Malaysia. All the best kat korang semua. Insyaallah reunion kite 2011 aku akan try wat mase korang semua ade dan yg terbaik la.


Nad - India





Nazrin n A'la yg ke Ireland

Yg x de gambar korang aku still ingat korang lg
Hafiz n Meoi -U.S
Iqzal - Rusia
Nabil - Amerika
Ami, Anas, Cpong - Mesir
Ummu - France
Shahida - Jordan
Ayep- Indon

n sape2 yg aku terlupe tu mintak maaf maybe aku terlupa atau aku x taw korang fly
hope korang semua baik2 kat sane....

Friday, August 21, 2009

SuMMiT

3 comments

18.08.09
Malam ni aku nik aiman akey n mad bertolak ke Summit Subang USJ untuk bermain boling. Saje bosan2. Lg pun nak lpk ngan nik sbb sejak praktikal kitaorg dah jarang dah jumpe. Best gak la mlm ni kitaorg main sampai kul 11.30 mlm.



Keputusan 1st Game
nik 88
aiman 112
izz 78
akey 71


keputusan 2nd Game
nik 102
aiman 155
Izz 93
Akey 115

Thursday, August 20, 2009

LiFe.......

5 comments
Kehidupan merupakan sesuatu yg rumit. Kadang2 kita x sedar ape yg kite lakukan memberi kesan yg pada org lain. Jika ia merupakan sesuatu yg kite sukar fahami kita akan tertanye-tanye mengapa ia berlaku dan sukar utk kite fahami apa yg ade dalam hati dan perasaan seseorang.Walaupun kadang kala kite rase mengapa ia berlaku dalam sekelip mate sahaja. Mengapa semua ni berlaku???

Mmg sukar difahami. Kadang kite dah cube ape yg kite mampu utk gembira kan org ttp mengapa kadang kala rase hidup ni bagai kan sampah digunakan pabila perlu dan dibuang bergitu sahaja bile tidak diperlukan. Mengapa semua ni terjadi dalam kehidupan ini. Sesuatu yg sukar difahami atau munkin ade sesuatu musibah disebalik semua ini.

Sempurna???
Tidak ade yg sempurna dalam hidup ini. Walaupun kite cube utk jd seperti itu tetapi ia sukar. Ape yg boleh kite buat jadi diri kite sendiri kerana diri kite adalah sebaik baik ciptaan tuhan. Kite sebagai manusia tidak harus mudah terpengaruh dengan org lain jika ia akan merosakkan dan membuat diri kite merana. Ape yg penting adalah do what you really want to do...

Kasih sayang???
Ape erti kasih sayang jika org yg kite syg tidak memahami kite. Kdg kala kite tidak fhm ngan diri kite sendiri tidak dpt melupakan sesuatu yg telah menyakit dan membuat hidup kite merana. Tetapi ape boleh dilakukan jika hati sudah sayang.. Walaubagaimanapun kite perlu ingat ade org yg sentiase menyanyangi kite walau org lain x sayang kite iaitu ibu bapa kite. Kite perlu menhargai sesiape yg sayangi kite disekeliling kite kerana ape yg mereka wat adalah terbaik utk kite walau kite kadang2 buta dgn semua itu.

Persahabatan???
Ape gune persahabatan jika hanya menyakit kan hati kawan. Persahabatan senang diungkapkan dengan kate2 tp sukar untuk dilaksanakan. Sahabat yg baik adalah sahabat yg cube memahami sahabat nye dan tidak akan menganiaya rakan sendiri. Berbeza sahabat yg baik pula adalah lah sahabat untuk kite berkongsi susah dan senang bersama dalam kehidupan yg rumit ini.

Berdikari???
Ape erti berdikari sebenarnya??? Berdikari adalah hidup dgn usaha sendiri ttp tidak membuat org lain risau akan diri kite. Selalu nya mereka yg cube utk hidup berdikari akan cube tidak menimbul kan sakit hati pada org disekeliling mereka.

Hidup mmg sesuati yg rumit dan sukar difahami. Apa yg kite boleh lakukan dalam hidup ini adalah cube tidak menyakitkan hati org disekeliling kite utk membuat kehidupan lebih baik. Kite perlu lupekan ape yg telah terjadi pada masa lampau. Jadi kan ape yg telah berlaku pada masa lampau sebagai kekuatan utk kita terus maju kehadapan. Pengalaman mengajar aku byk erti kehidupan ini.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah datangkan kita pelangi... "
Petikan dari Syurga Cinta....

Aku harap kehipan aku kan menjadi lbh baik di mase akan datang. Apa yg aku tulis ni adalah sekadar coretan di mase bosan tidak ade kena mengena dgn sesiapa didunia atau yg di akhirat. Bagi sesiape yg terasa aku mintak maaf krn ia sekadar coretan utk menyedarkan diri ku sahaje bahawa x semua kite lakukan akan mendapat seperti yg kite mahukan. Mintak maaf sekali lagi bg mereka yg terasa...

Thursday, August 13, 2009

EnjOy DaY....

0 comments



11.10.09
hari ni adalah ari enjoy yg bleh kate best la. Destinasi yg menjadi pilihan aku, Akey, Mok n Mad adalah RED BOX di Pavillion. Satu tempat yg sangat2 berbaloi untuk berkaraoke n makan. Mane x nye byr RM20 makan ade n karaoke dr jam 11 hingga 3.


Lps selesai karaoke agenda diteruskan dgn perlawanan bowling yg berlangsung di Time Square. Mmg lps geram btl la arini

perlawanan agak sengit antara aku dan Akey dan hasil nye

Akey 88
Amir 102
Mok 44
Mad 55

tak sangka btl bleh menang hahahahaha

Sblm pulang agenda Akey blanje makan donut dulu. Mmg satu ari yg menyeronok kan walaupun semua pulang dlm keadaan memenatkan