Friday, October 30, 2009

Memories In Sabah Negeri Dibwah Bayu

4 comments
10.10.2009
Sejarah baru dalam hidup ku iaitu pertama kali menaiki kapal terbang. Biase la bukan senang nak naik maklum la mahal. Aku ke Sabah untuk menyaksikan konvokesyen kakak ku yg telah tamat pengajian nya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kapal terbang berlepas dari KLIA pada 7.50 mlm dan tiba di KKIA pd 10.30 mlm. Perjalanan yg agak lama ttp menyeronokkan. Setibanya di Kota Kinabalu aku disambut oleh kakak aku yg menaiki keta kembara(keta sewa) dan trs ke hotel. Di sana aku merasa amat nyaman sekali maklum lah tepi laut. Suasana disana tidak sesibuk disemenanjung.

11.10.2009
Ari ni aku berasa berlainan sedikit kerana perbezaan waktu, maklum la waktu disini sejam awal, so solat subuh pd pkl 5 pg danpkl 6 kakak aku dah mule mengajak keluar berjalan-jalan.

Thursday, October 22, 2009

Bismillah Jdkan Amalan....

0 comments

Sesungguhnye kita adalah makhluk ciptaan Allah yg kadang2 lupe dan lalai mengingatinye. Oleh yg demikian perlulah kita menyematkan dalam diri kita sbg manusia iaitu mengamalkan membaca Bismillah di atas segala perbuatan yg kita lakukan. Mari kita renungkan melalui kisah tauladan zaman dahulu keberkatan membaca bismillah..:

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Oleh yg demikian jadikan la bismillah sebagai amalan kita dalam melakukan rutin harian. Moga dengan amalan ini dapat lah kita menjalani hidup dengan mendapat keberkatan Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.