Sunday, December 11, 2011

LaMeNyE DaH X UpDaTe....

0 comments

Sunday, January 16, 2011

15 JaNuArY 2011: tHe MiNes....

0 comments
Lepas taklimat FYP me, akey , jiji, anas, khai , muk , nurul n sha g mines saje jalan2 sbb dah lame x g. G sane just try Sweet Chat n main bowling.

Score for bowling:
Akey:113
Zizi:108
Anas:84
Me:82
Nurul:159

Akey:110
Zizi:89
Anas:96
Me:95
Nurul:138

My set that i eat at Sweet Chat:



Friday, January 14, 2011

GoT nEw ThInG tHiS yEaR......

0 comments

Benda2 br beli utk permulaan thn ini...

Zara Jacket RM199.90

new Shoes..... RM32.90

Sweater RM19.90...

Saturday, January 1, 2011

LaSt HoLiDaY iN 2o1o

0 comments
Cuti sam hujung 2010 cuti yang panjang dan menarik, setiap minggu digunakan dengan pelbagai aktiviti yg menarik antara nye journey to Jawi, fix my car, motor show, sunway dan camping. Ini lah antara gambar aktivit semasa cuti :






Friday, December 17, 2010

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

0 comments
ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha

1 comments



Salam Aidil Adha....
Hari raya aidil adha orang sibuk korban, aku sibuk g berjalan, bukan ape tujuan sebenar nak pergi lawat kakak kat kuala lumpur alang jalan2 la gak g one utama n ikano saje buang mase..

Tuesday, November 16, 2010

Holiday !!!!!

0 comments

Cuti semester bermula lagi , semestar yg sgt memenat kan byk benda berlaku n byk benda baru dpt belajar. Semua yg berlaku sam ni harap x kan berlaku lagi pada mase dpn. Tapi walaupun dah cuti byk nye la benda nak kena wat. Adoi cuti pun x macam cuti, x pe la nak wat mcm mane first mission cuti ni baiki keta yg dah rosak next akan difikirkan.....

Monday, October 4, 2010

SoRRy.....

0 comments
Sorry kawan lame x update blog , byk keja skit la dah msk degree ni
Insyaallah akan kembali menulis blog ini blk secepat munkin.....

Sunday, July 18, 2010

Jimy & Jojo

1 comments
Akhirnya dpt gak membela 2 ekor hamster. Binatang yang sekian lame nak bela akhirnya dapat gak hadiah dr seseorang.

Umah my Hamster

Jimy n Jojo

Sunday, May 16, 2010

Kereta Kena Pecah

1 comments


Tak ku sangka-sangka parking kereta di tepi jalan yg ramai org lalu pun kena...

Kejadian ni berlaku sewaktu sedang makan di restoren di Padang Jawa. Aku parking keta di bahu jalan dan pergi makan diseberang jalan dan keta aku betul2 di hadapan kedai makan itu. Kejadian yg berlaku kira2 ja 1945 mmg btl2 mengejutkan aku. Ketika itu org ramai sdg sibuk untuk membantu lori yg ingin memesuki lorong sempit dan aku rase ketika itu org memecahkan cermin tingkap keta aku. Apa yg menyedihkan beg yg br aku beli telah dicuri. Mlm itu jugak aku pergi membuat laporan di balai polis Shah Alam.

Pengajaran

Jangan tinggalkan barang di dalam keta

Wednesday, April 21, 2010

VORG 2.1

1 comments

Sistem pengurusan aktiviti harian yg di cipta oleh aku, Hakim n Liyana.
Untuk mendapatkan nye sila download di sini.

Monday, April 19, 2010

First Sam In Degree

0 comments

Pejam celik pejam celik dah nak abis dah sem pertama degree....hmmm... byk benda dah berlaku sepanjang sem gembira, sedih, pahit dan manis semua ade. Semua yg berlaku akan di jadikan sebagai pengalaman hidup untuk aku trs maju kehadapan.Thanks to member2 baru walaupun baru kenal tp byk membantu menjalani degree ni.


Tuesday, March 9, 2010

ICT

1 comments
Tarikan terbaru di Shah Alam ICT, bg org yg suke mengambil gambar dan melihat lampu-lampu yg pelbagai warna dijemput dtg ke ICT yg terletak di Seksyen 7 Shah Alam.....


aku, kak su, kak syema & mad
(pengambil gambo : Kak Ana)



Tuesday, February 23, 2010

My Birthday

1 comments
24 Februari 2009 genap usia ku 21 tahun dan ini adalah hadiah yg aku terima
hehehehehehehehehe

Tuesday, February 9, 2010

Just Love This Song....

1 comments

Buat Aku Tersenyum Lyrics by Sheila On 7

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Friday, January 22, 2010

DeGree..NeW LiFe....

3 comments

4.1.2010
Bermulanya sesuatu yg baru dlm hidup aku, melangkah ke alam belajar semula setelah praktikal selama 4 bulan dan cuti selama 2 bulan. Sesuatu titik sejarah baru terlakar dan akan menjanji penentu kepada masa depan kehidupan aku. Sarjana Muda Komputer Sains menjadi pilihan kerana itu lah minat aku. Rakan-rakan kelas lame semasa diploma yg telah berpecah mengikut pilihan kursus yg mereka minat cuma hanya 4 dari mereka memilih kursus yg sama dan sekelas dengan ku. Walaubagaimanapun hubungan persahabatan yg terjalin aku harap tidak akan putus.

Rasa berbeza sedikit dengan suasana kelas baru, dengan rakan-rakan baru yg dtg dari merata-rata tempat, dengan umur yg berbeza, akan tetapi mereka mmg sempoi n best. Dengan bermula pengajian baru ini, dengan semangat baru aku harap aku akan cuba sedaya upaya dalam mengejar cita-cita aku supaya menjadi insan berguna di masa hadapan.

Sunday, November 29, 2009

Diam Itu Lebih Baik

3 comments

Kadang-kadang org tertanya-tanya kenapa kita diam sahaja dan menyepi. Sesiapa yg menyedari munkin akan berpendapat org tersebut bermasalah atau tiada mood. Kadang-kadang ia benar dan kadang-kadang tidak.

Diam adalah sesuatu ibadat seperti yg dinyatakan dlm hadis Rasulullah S.A.W
Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
  • Diam dan ini ibadat yang pertama

  • Tawadhuk

  • Dzikrullah atau berzikir

  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)


Oleh yg demikian jgn hendaklah kita senyap dr berkata perkara yg tidak elok. Menurut para cendiakawan Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:

  • Diam itu ibadat tanpa susah payah

  • Perhiasan tanpa berhias

  • Kehebatan tanpa kerajaan

  • Benteng tanpa pagar

  • Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang

  • Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal

  • Menutupi segala aib



Friday, October 30, 2009

Memories In Sabah Negeri Dibwah Bayu

4 comments
10.10.2009
Sejarah baru dalam hidup ku iaitu pertama kali menaiki kapal terbang. Biase la bukan senang nak naik maklum la mahal. Aku ke Sabah untuk menyaksikan konvokesyen kakak ku yg telah tamat pengajian nya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kapal terbang berlepas dari KLIA pada 7.50 mlm dan tiba di KKIA pd 10.30 mlm. Perjalanan yg agak lama ttp menyeronokkan. Setibanya di Kota Kinabalu aku disambut oleh kakak aku yg menaiki keta kembara(keta sewa) dan trs ke hotel. Di sana aku merasa amat nyaman sekali maklum lah tepi laut. Suasana disana tidak sesibuk disemenanjung.

11.10.2009
Ari ni aku berasa berlainan sedikit kerana perbezaan waktu, maklum la waktu disini sejam awal, so solat subuh pd pkl 5 pg danpkl 6 kakak aku dah mule mengajak keluar berjalan-jalan.

Thursday, October 22, 2009

Bismillah Jdkan Amalan....

0 comments

Sesungguhnye kita adalah makhluk ciptaan Allah yg kadang2 lupe dan lalai mengingatinye. Oleh yg demikian perlulah kita menyematkan dalam diri kita sbg manusia iaitu mengamalkan membaca Bismillah di atas segala perbuatan yg kita lakukan. Mari kita renungkan melalui kisah tauladan zaman dahulu keberkatan membaca bismillah..:

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Oleh yg demikian jadikan la bismillah sebagai amalan kita dalam melakukan rutin harian. Moga dengan amalan ini dapat lah kita menjalani hidup dengan mendapat keberkatan Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.