Friday, January 22, 2010

DeGree..NeW LiFe....

3 comments

4.1.2010
Bermulanya sesuatu yg baru dlm hidup aku, melangkah ke alam belajar semula setelah praktikal selama 4 bulan dan cuti selama 2 bulan. Sesuatu titik sejarah baru terlakar dan akan menjanji penentu kepada masa depan kehidupan aku. Sarjana Muda Komputer Sains menjadi pilihan kerana itu lah minat aku. Rakan-rakan kelas lame semasa diploma yg telah berpecah mengikut pilihan kursus yg mereka minat cuma hanya 4 dari mereka memilih kursus yg sama dan sekelas dengan ku. Walaubagaimanapun hubungan persahabatan yg terjalin aku harap tidak akan putus.

Rasa berbeza sedikit dengan suasana kelas baru, dengan rakan-rakan baru yg dtg dari merata-rata tempat, dengan umur yg berbeza, akan tetapi mereka mmg sempoi n best. Dengan bermula pengajian baru ini, dengan semangat baru aku harap aku akan cuba sedaya upaya dalam mengejar cita-cita aku supaya menjadi insan berguna di masa hadapan.

Sunday, November 29, 2009

Diam Itu Lebih Baik

3 comments

Kadang-kadang org tertanya-tanya kenapa kita diam sahaja dan menyepi. Sesiapa yg menyedari munkin akan berpendapat org tersebut bermasalah atau tiada mood. Kadang-kadang ia benar dan kadang-kadang tidak.

Diam adalah sesuatu ibadat seperti yg dinyatakan dlm hadis Rasulullah S.A.W
Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
  • Diam dan ini ibadat yang pertama

  • Tawadhuk

  • Dzikrullah atau berzikir

  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)


Oleh yg demikian jgn hendaklah kita senyap dr berkata perkara yg tidak elok. Menurut para cendiakawan Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:

  • Diam itu ibadat tanpa susah payah

  • Perhiasan tanpa berhias

  • Kehebatan tanpa kerajaan

  • Benteng tanpa pagar

  • Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang

  • Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal

  • Menutupi segala aib



Friday, October 30, 2009

Memories In Sabah Negeri Dibwah Bayu

4 comments
10.10.2009
Sejarah baru dalam hidup ku iaitu pertama kali menaiki kapal terbang. Biase la bukan senang nak naik maklum la mahal. Aku ke Sabah untuk menyaksikan konvokesyen kakak ku yg telah tamat pengajian nya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kapal terbang berlepas dari KLIA pada 7.50 mlm dan tiba di KKIA pd 10.30 mlm. Perjalanan yg agak lama ttp menyeronokkan. Setibanya di Kota Kinabalu aku disambut oleh kakak aku yg menaiki keta kembara(keta sewa) dan trs ke hotel. Di sana aku merasa amat nyaman sekali maklum lah tepi laut. Suasana disana tidak sesibuk disemenanjung.

11.10.2009
Ari ni aku berasa berlainan sedikit kerana perbezaan waktu, maklum la waktu disini sejam awal, so solat subuh pd pkl 5 pg danpkl 6 kakak aku dah mule mengajak keluar berjalan-jalan.